Coconut Juice or Water?
Wednesday, May 11, 2011
Assalamualaikum,
Lamanya tak tulis dalam blog, sejak revolusi Mesir ni. Sekarang ni dah semester 6 rupanya, sekejap sangat masa berlalu. Cara belajar sem baru pon dah lain, makin sibuk rasanya dari round lepas Internal Medicine sampailah sekarang ni round Nephrology & Urology. Oleh kerana exam round lepas macam hancur, jadi nak nekad tingkatkan usaha untuk round ni. 2 minggu dah berlalu berkaitan Internal Medicine of Nephrology, dan sekarang tibalah pula masa untuk Urology Surgery. Teruja!!
Hari ini first day masuk OT (Operation Theatre) kat Nephrology & Urology Centre University of Mansoura, Egypt. Kenapa perlu teruja, kerana University of Mansoura adalah antara tempat terhebat dalam bidang Nephrology & Urology, jadi banyak yang boleh dipelajari. Nephrology & Urology Centre ini diasaskan oleh Mohamed Ghonim (Search Wiki je) merupakan doktor handalan Mansoura. Buktinya lahirlah juga technique yang diasas di sini, seperti Mansoura's Technique of surgery dalam menukarkan ileum kepada urinary bladder.
Di OT tadi, terasa amat bertuah kerana dapat melihat procedure pembedahan ureterectomy (buang ureter), diikuti pembedahan Monti's Technique (menukarkan ileum kepada ureter) menggantikan ureter yang dibuang tadi. Terujanya, mantap betul theory procedure tu, selain dapat tengok practical & skill doktor tu bedah, dah macam Dr Asada pula. Monti's Technique merupakan pembedahan yang agak kompleks dengan mengambil mengambil kira pelbagai faktor bagi kesesuaian menggantikan fungsi ureter.
Walaupon sibuk dengan pembedahan, tapi doktor tadi sungguh ramah & tidak lokek berkongsi apabila ditanya. Tiba-tiba doktor tu buka cerita, " i went to Malaysia before, & i had drank the water inside the coconut" nak clear lagi i asked, "You mean coconut juice" but he said "No". Jadi sekarang tengah confuse, penggunaan yang sebenar perkataan 'coconut juice' ke 'coconut water'. Mungkin perkataan 'juice' itu merujuk kepada isi buah yang dijadikan air, atau dengan kata lain, air yang terhasil bukan secara semula jadi.
Kesimpulan dari penulisan kali ini, pembelajaran itu datang secara langsung atau tidak langsung. Dalam sedang berkomunikasi, bermain, temenung atau sekali pon mimpi, kadang-kadang ada hikmah yang nak disampaikan. Boleh jadi, ia merupakan hidayah dari tuhan. Bukanlah hidayah itu diturunkan tuhan atas aturan manusia, tetapi Allah. Senjata mukmin itu adalah doa, & bagi saya lisan yang baik serta akhlak yang mulia.
3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-Asr:3)