.:Cara Rasulullah menjaga makan dan minum:.
Monday, January 26, 2009
- pemerhatian terhadap pemakanan seimbang daripada makan berlebihan (piramid makanan).
- cara pemerhatian berkenaan makan dan minum (halal dan haram).
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Anak Adam tidak akan mengisi salur darahnya lebih dari perutnya. Anak Adam hanya memerlukan beberapa gigitan untuk keperluan badannya, tetapi jika dia tetap berkeras, satu pertiga hendaklah disimpan untuk makanan (pepejal), satu pertiga yang lain untuk minuman (air) dan satu pertiga terakhir adalah untuk pernafasan (udara).”
- Sebenarnya, amalan pemakanan tidak mengurangkan langsung tenaga yang diperlukan oleh badan, bahkan membekalkan tenaga secara ideal.
- Sebagai contoh, secara normal kita minum air teh O dengan 2 sudu gula. Bayangkan kita menjadi tetamu kepada Pak Pandir. Dia mengetahui kita menyukai minuman yang manis, lalu menghidangkan teh O dengan 10 sudu gula. Persoalannya, adakah sama manis teh tadi dengan teh kebiasaan kita. Tidak, bahkan ia akan menyebabkan muka kita berkerut menahan kemanisan melampau. Jadi, begitulah juga perut kita.
- Perut kita juga cerewet, makan yang berlebihan akan memberatkan perut menjadikannya sebagai salah satu faktor malas dan penat.
- Tapi kurang makan juga mengakibatkan perut kita dipenuhi asid, sehingga melepasi 'eosophagus' (pedih ulu hati).
- Fundus adalah bahagian perut yang dipenuhi dengan udara dan telah dibuktikan secara saintifik.