Lifeline 4 Gaza » News
.:Ahli Fikir Hindu Seru Pemeluknya Menganut Islam. :.
Wednesday, March 11, 2009
(Artikel ini dipetik dari majalah Haluan yang memetik dari RISALAH-IKHWAN bil 79 Jumaat 9 Syawal 1418 bersamaan 6 Feb 1998)
Seorang pakar bahasa
Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.
Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau (di dalam mana-mana kitab sejarah Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.
Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa Arab Abdullah.
Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.
Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.
Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Utar kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit, ini sebenar merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah s.a.w., menunggangi Buraq sejenis haiwan dari syurga.
.: Pemergian Mu:.
Monday, March 9, 2009
kau masih tersenyum mengubat lara,
.:Email dari Rasulullah:.
bayangkan sekiranya nota ini dari rasul tercinta...
“Salam sejahtera saudaraku, bagaimana khabar imanmu pada hari ini ...
Kebaikan apa yang sudah kau lakukan hari ini, sebanyak apa perbuatan dosamu hari ini ?...”
“Cinta seorang ummat kepada Rasulnya seharusnya tercermin dalam setiap perilakunya. Tidak memilih tempat, waktu dan keadaan. Kau pun membaca sirah, aku selalu mencintai ummatku, tak kenal lelah. Masihkah kau mencintaiku pada hari ini?”
“Pengorbanan seorang ummat terhadap agamanya, tidak pernah terhenti sebelum Allah menghendakinya untuk berhenti. Dan kau tahu, apabila Allah mengkehendakinya, biasanya dengan perintah yang diberikan-Nya kepada Malaikat Izrail untuk menghentikan segala pengorbanan manusia.Adakah sampai detik ini, pernahkah kau berkorban untuk Allah?”.
“Sebagai Ayah, aku contohkan kepada ummatku untuk menyayangi anak-anak mereka dengan penuh kasih-sayang. Kuajari juga bagaimana mencintai isteri-isteri tanpa sedikit melukai perasaannya, sehingga kudapati isteri-isteriku teramat
Sudahkah hari ini kau mencium mesra dan membelai lembut anak-anakmu seperti yang kulakukan rutin terhadap Fatimah? Masihkah panggilan sayang dan hangat menghiasi hari-harimu bersama isterimu? Sudahkah juga kau menjadi pemimpin yang baik untuk keluargamu, seperti aku mencontohikannya terhadap keluargaku?.
“Aku telah memberi contoh bagaimana berkasih sayang kepada sesama mukmin, bersikap arif dan bijak namun tegas kepada manusia daripada golongan lainnya, termasuk menghormati keberadaan makhluk lain dimuka bumi. Saudaraku ...”