.: Pemergian Mu:.
Monday, March 9, 2009
kau masih tersenyum mengubat lara,
selindung derita yang kau rasa,
senyuman yang mententeramkan,
setiap insan yang kebimbangan,
hakikatnya tak tertanggung lagi derita,
dipangkuan isterimu Humairah,
menunggu saat ketikanya,
diangkat roh bertemu yang Esa,
tangan dicelup, di bejana air,
kau sapu di muka mengurangkan pedih,
beralun zikir menutur kasih,
pada ummah dan akhirat,
dan tibalah waktu ajal bertemu,
penuh ketenangan jiwamu berlalu,
linangan air mata syahdu,
iringi pemergianmu,
oh, sukarnyauntuk ummat menerima,
bahkan payah untuk Umar mempercaya,
tetapi iman merelaka jua,
bahawa manusia akan mati akhirnya,
tak terlafaz kata mengungkap hiba,
gerhanalah seluruh semesta,
walaupun kau telah tiada,
bersemarak cintamu selamanya.
0 comments:
Post a Comment