.:hari terakhir:.
Tuesday, December 29, 2009
hari terakhir kuliah bagi semester ini, melegakan diri seketika
tak setenang yang disangka, ujian besar bakal menyusur nanti
hidup ni satu ujian, sejak di bangku persekolahan hingga kini
ilmu yang dipelajari akan diuji, yang mendebarkan natijahnya nanti
makbul, jaid, jaid jiddan atau mumtaz
kalau lulus peperiksaan dapat ganjaran
tapi kalau tak lulus nasib malanglah jawabnya
peperiksaan merupakan perkara sinonim dalam kehidupan insan
sampai nak mati nanti pun ada ujiannya, keimanan kita
jadi, jangan lari dari kesusahan, tapi biasakan diri dengan kepayahan
bila dah biasa dengan kesusahan, masalah senang diselesaikan
jalan apa sekali pun yang dipilih; kiri, kanan, depan atau belakang
doktor, engineer, mahupun cikgu pasti ada yang tak kena
dari peminta sedekah sampaillah jutawan negara pun tetap susah
beranganlah di dunia ni dengan kesenangan
apabila selalu dalam kesenangan maknanya ujian yang besar menanti
kata bijak pandai kesenangan itu sendiri adalah satu ujian
adakah kamu mengira kamu telah beriman sedang kamu belum diuji?
tapi bukanlah hidup ini perlu dalam ketegangan
cuma perlu beringat di setiap saat, syaitan itu tidak lupa menjatuhkan kita
ujian besar tuhan buat hambaNya, yang fitrahnya hanya puas dengan syurga
berhibur tiada salahnya kerana ianya begitu indah tapi ada batasnya
semuanya kembali kepada niat asal insan dalam beribadah
1 comments:
betul.
orang kata jalan yang paling susah adalah jalan yang paling nikmat.
Post a Comment