.:cinta & rona kinanah:.
Tuesday, July 28, 2009
Sebagai manusia yang bertamadun dan sudah memiliki peradaban aksara, maka sewajarnya penerbitan karya-karya seperti ini tidak dipandang ringan khususnya oleh kelompok cendekiawan dan para ilmuan. Malah, bagi mereka yang faham, tentu sahaja peranan sastera dan penulisan bukan sekadar itu. Seperti kata-kata Sasterawan Negara A. Samad Said:
"Sastera itu berguna untuk memperjuangkan apa yang kita rasa tidak adil, membebaskan tanah air, melanggar semua tembok ketidakadilan, tetapi dalam melakukan itu semua seninya itu harus ada."
'Antologi cerpen dan puisi- Cinta & Rona Kinanah' adalah himpunan kisah perjuangan dalam menegakkan kebenaran, fahaman, prinsip dan ketegasan tanpa melupakan elemen kasih dan sayang yang sentiasa menjadi pelentur setiap ketegangan. Isu-isu harian seperti poligami, pergaulan di antara jantina da sebagainya turut dikisahkan dengan baik dan berpaksi utuh pada syariat islam.
"Karya mereka rata-rataintim dengan isu semasa dan antarabangsa, berlatarkan dalam dan luar negara, ketara terpeliharamoralnya, sarat dengan dakwah menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan pastinya berdenyut selari dengan nafasislami. Antologi cerpen dan puisi ini adalah bukti kebangkitan para penulis berpendidikan Timur Tengah."
-Zaid Akhtar-
diterbit oleh: HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
harga: sem. Malaysia RM19.90 / Sabah & Sarawak RM 21.90
0 comments:
Post a Comment