.:cintaku kepada semua:.
Sunday, July 5, 2009
kerana...
cintaku dari tuhan untuk semua
anugerah tuhan terindah di dunia
berkasih setulus perasaan hati
sinaran rahmatNya tidak pernah pudar
oleh itu...
cintaku pada pena di atas kertas
memeras minda perkuat tarian jemari
nota-nota indah untuk difahami
direnung dan disebar sepanjang hari
untuknya...
cintaku kepada ummah agar sedar
terjaga dari kelekaan mengejar dunia
bangkit bersama berjuang membela saudara
berkorban harta jiwa dan raga
akhirnya nanti...
cintaku untuk semua ke sana
kejayaan itu akan terkongsi bersama
tawaan semua tiada akan terhenti
lepas dan tenang dari seksaanNya
inilah...
cintaku kepada semua
ku berkasih di antara manusia
tidak letih tanganku menyampaikan kalamMu
mulut ini akan terus meyedarkannya
mengingat yang kekal di sana nanti
3 comments:
bagus betul post ni.
semoga karya penulisan ko ni akn meneguhkan lagi cinta semua kpd Allah, sesama manusia..
bukan sekadar cinta duniawi.
teruskan perjuangan.
hmm...trima kasih kat ko
sbenarnye aplikasi dan idea artikel ko...
"cintaku di atas kertas____"
ak da agk dah.
Post a Comment