Lifeline 4 Gaza » News

Kedai Kushari Baru

Friday, October 29, 2010

"Orang secara kebiasaannya berlakon di depan orang lain untuk menyesuaikan diri. Tapi adakah kita mengetahui lakonan seseorang itu, kerana takut nanti tersalah sangka pada dia di kemudian hari. Nanti kesian dekat dia."
Rutin kebiasaan hari jumaat, makan kushari atau makaronah lahmah. Setiap hari jumaat lepas solat jumaat kat Masjid Samanoudy selalunya singgah kat kedai kushari kat depan restoran italiano tuh, sampai orang kat situ pon dah biasa sangat dengan kitorang. Lepas makan, singgah kedai asob kat sebelah italiano tu, tapi selalunya order 'asir lain dari asob sebab dah biasa sangat macam Boreo ke, balah bil-halib ke & yang paling biasa sekarang zibadu faraulah.

gambar hiasan

Tapi hari ni lain sikit, sebab ada kedai kushari baru bukak dekat-dekat kawasan tu, apa lagi pergi try la. "Mat'am Kushari El-Sultan" lawa tempat tu, meja warna oren setanding dengan restoran-restoran lain, tapi sebab gaya arab ni, jadi low sikit la standard dia. Tapi standard macam ni lebih biasa dengan aku. Mula-mula tengok menu dia pening juga la, tapi nasib baik pekerja dia tu ramah. kitorang pun order, "Aiz kushari khomsah genih- itnin, Akul hena"

Macam biasa dia ada bagi satu mangkuk kecil cili macam sambal, tapi lain sikit sebab banyak minyak & ada potongan tomato. kusahri pon sampai, besar & banyak juga nak habiskan tuh, dah la kushari ni cepat muak. Jeruk pon ada juga dia hidang, tapi tak macam jeruk biasa yang ada timun, karot, bawang, zaitun & cili tuh. Jeruk ni macam acar sket, jadi aku macam boleh terima sikit nak makan. Pendek kata berbaloi juga la rasa makanan kat situ & kitorang balik dengan kenyang awwi.

Teringat pagi tadi, nampak sesorang berjalan dengan kawannya. Nampak lain sangat, sebab sebelum ni nampak dia lain. Tapi, aku ok je. Biasalah tu, cuma rasa tak perlu berlakon. Jadi diri sendiri, aku tak kisah pon. Tapi, mungkin juga dia tak berlakon dengan aku, tapi berlakon dengan kawan dia. Apa-apa pon aku kena terima segala keadaan yang berlaku sebab semua orang pon ada masalah sendiri. Ok, kawan selamanya.

Read more...

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP