Lifeline 4 Gaza » News

.:lupa & leka:.

Saturday, June 20, 2009



lupa, lupa & lupa....
agaknya bila semua ini nak lekat diingatan,
penat sudah ku memerah otak,
ah...lupakan!...abaikan!...
keluhan yang tak mengenal padahnya,
bila dah jadi, barangkali baru nak menyesal,
sibuk dengan yang sia-sia, kerja semua tak jalan,
asyik tangguh, tangguh dan tangguh....
"la tata'ajjalu wala tu'ajjil"
jangan gopoh dan jangan tangguh,
kata Ustazah Laila masih ku ingat,
namun, aku malas, aku mahu rileks,
kalaulah aku ni genius, hmm.... bestnye!
mesti tak payah sekeras ini,
leka seketika tak mengesan diri,
"ye la tu... genius tak berusaha?"
usaha mesti seiringan sebagai jalan,
selebihnya dengan redha dan bantuan tuhan,
tetiba aku sedar sesuatu di pikiran,
"usaha yang keras lebih manis untuk berjaya"
kejayaan ini akan lebih ku kenang,
kejayaan ini lekat diingatan nanti,
azam ku berusaha sekerasnya nanti,
demi kejayaan abadi,
insyaAllah...



Read more...

.:kebebasan tak bererti:.


dua tahun lalu aku terkongkong,
menelan segala pahit manis,
amalanku sedikit sebanyak terjaga,
terkumpul bersama pewaris ilmu,
sempat ku bina ukhwah,
kian lama kita bersahabat,
menjadikan kau suatu kepentingan,
persaudaraan ibarat sekeluarga,
tak bisa ku putuskan ikatan ini,
lima tahun lamanya terkurung,
kini persekolahan berakhir,
aku kini bebas,
aku kini sendiri,
bebas mengalu onak duri,
sendiri memutus hala diri,
ada sahabat yang hanyut kini terus hanyut,
namun ada jua yang dapat mencari arah kebenaran,
ada sahabat yang dulunya kukuh kini rapuh imannya,
namun ada jua yang terselamat dari ujiannya,
aku...yang mana?
kebebasan yang diimpi sekalian,
adalah suatu yang amat ku takuti,
ujian sebenar menanti tiba,
menonjolkan siapa diri ini sebenar,
hipokritkah aku?
benci aku pada penipu akhirnya memakan diri,
aku sedar mungkin ini ujian ku,
carilah ukhwah kembali walau kau sendiri lagi.

Read more...

.:langkah tercipta:.

Friday, June 12, 2009


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

nasyid: UNIC

Read more...

.:rahsia mumtaz sejati:.

Thursday, June 11, 2009














sekian lama ku tinggalkan
hampir sudah ku lupakan
laman puisi minda ini
kekosongan masa ku isi

satu ujian baru ku tempuhi
ku hadapi dengan pasrah
kali ini ku kecewa
kerana tidak cukup siap siaga

ku tahu tuhan itu maha adil
setiap amalan ku dibalas setimpal
setiap usaha ku ada hasilnya
cuma yang beza bilangannya

kekadang aku terfikir sejenak
mengapa usaha ku tidak disusuri kejayaan
ku lihat sekitar yang leka
tapi kenapa itu yang dibelas kasihNya

ku pujuk diri ini
ada hikmah dari Nya
mungkin untuk menyesatkannya lagi
akibat lupa dan leka

keadilan tuhan tidak kuragui
sentiasa husnudzan denganNya
ku lihat lagi ke sekitar
kejayaan begitu mengindahkan

ku tanya teman dan akhi
rahsia kejayaan dan kebahagiaannya
sungguh tenang di wajah mereka
tidak megah bahkan tunduk

jawab akhi:
"bukan kejayaan ini yang ku tumpukan"
"adakah ini nilaian mu?"
"kejayaan ini belum tentu membawa kejayaan abadi"
"tapi peperiksaan besar di saat kematian nanti"

"keyakinanku membawa kejayaan ini"
"usaha mu tidak langsung penyebab kejayaan"
terus ku ingat pesan ustaz
"hanya Allah!"


Read more...

.:kembali:.

Kembali menyusuri hari
Indah warna warni ceria dan berseri
Mencari makna seribu erti
Nikmat disyukuri hikmahnya tersembunyi

Semalam jadikan pengalaman buat kita menyuluh jalan
Mencari pedoman hidup penuh kebahagiaan
Hari esok hanya anganan belum tentukan kesampaian
Hari ini mulai langkah penuh keazaman

Berusaha tabur budi dan jasa
Bagai hidup di dunia kekal selamanya
Beramal bekal untuk ke sana
Umpama hayat kita esok sudah tiada

Takkan mungkin kekal di sini
Mana bisa menongkah langit
Umpama pepohonan rendang
Teduhan seorang pedagang

Hanya saja kekal di sana bertemu yang Baqa' Pencipta
Augerah yang teristimewa pada hati yang sejahtera

Tanpa sinar-Mu kegelapan deritaku rasa
Di mana cahaya
Sinar mentari menyuluh hidupku bagai cahaya kebenaran

*Bersama kita mengejar mimpi menuju satu cita sejati
Menggapai seribu impian yang kita bina bersama-sama

nasyid : nowseeheart

Read more...

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP