Lifeline 4 Gaza » News
.:Bicara Kata:.
Sunday, August 9, 2009
.:cinta & rona kinanah:.
Tuesday, July 28, 2009
.:cinta yang sempurna:.
Thursday, July 23, 2009
.:antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini:.
Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.
Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya â€Å“terorisâ€� hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.
.:jalan sehala:.
Tuesday, July 14, 2009
.:cintaku kepada semua:.
Sunday, July 5, 2009
.:rumah semanis rumah:.
Thursday, July 2, 2009
.:lupa & leka:.
Saturday, June 20, 2009
.:kebebasan tak bererti:.
.:langkah tercipta:.
Friday, June 12, 2009
.:rahsia mumtaz sejati:.
Thursday, June 11, 2009
.:kembali:.
.: We are musleems to be happen a doctor or we are doctors to be happen a musleem:.
Monday, April 13, 2009
.:perpisahan semalam:.
Saturday, April 4, 2009
.:masa:.
Saturday, March 14, 2009
.:Ahli Fikir Hindu Seru Pemeluknya Menganut Islam. :.
Wednesday, March 11, 2009
(Artikel ini dipetik dari majalah Haluan yang memetik dari RISALAH-IKHWAN bil 79 Jumaat 9 Syawal 1418 bersamaan 6 Feb 1998)
Seorang pakar bahasa
Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.
Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau (di dalam mana-mana kitab sejarah Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.
Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa Arab Abdullah.
Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.
Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.
Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Utar kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit, ini sebenar merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah s.a.w., menunggangi Buraq sejenis haiwan dari syurga.
.: Pemergian Mu:.
Monday, March 9, 2009
kau masih tersenyum mengubat lara,
.:Email dari Rasulullah:.
bayangkan sekiranya nota ini dari rasul tercinta...
“Salam sejahtera saudaraku, bagaimana khabar imanmu pada hari ini ...
Kebaikan apa yang sudah kau lakukan hari ini, sebanyak apa perbuatan dosamu hari ini ?...”
“Cinta seorang ummat kepada Rasulnya seharusnya tercermin dalam setiap perilakunya. Tidak memilih tempat, waktu dan keadaan. Kau pun membaca sirah, aku selalu mencintai ummatku, tak kenal lelah. Masihkah kau mencintaiku pada hari ini?”
“Pengorbanan seorang ummat terhadap agamanya, tidak pernah terhenti sebelum Allah menghendakinya untuk berhenti. Dan kau tahu, apabila Allah mengkehendakinya, biasanya dengan perintah yang diberikan-Nya kepada Malaikat Izrail untuk menghentikan segala pengorbanan manusia.Adakah sampai detik ini, pernahkah kau berkorban untuk Allah?”.
“Sebagai Ayah, aku contohkan kepada ummatku untuk menyayangi anak-anak mereka dengan penuh kasih-sayang. Kuajari juga bagaimana mencintai isteri-isteri tanpa sedikit melukai perasaannya, sehingga kudapati isteri-isteriku teramat
Sudahkah hari ini kau mencium mesra dan membelai lembut anak-anakmu seperti yang kulakukan rutin terhadap Fatimah? Masihkah panggilan sayang dan hangat menghiasi hari-harimu bersama isterimu? Sudahkah juga kau menjadi pemimpin yang baik untuk keluargamu, seperti aku mencontohikannya terhadap keluargaku?.
“Aku telah memberi contoh bagaimana berkasih sayang kepada sesama mukmin, bersikap arif dan bijak namun tegas kepada manusia daripada golongan lainnya, termasuk menghormati keberadaan makhluk lain dimuka bumi. Saudaraku ...”
.:Antara 'Basyir' (berita gembira) dan 'Nazir' (berita amaran):.
Monday, February 23, 2009
Setiap Rasul diutuskan sebagai pembawa berita gembira (basyir) dan pemberi peringatan (nazir) kepada manusia. Menyampaikan berita gembira kepada mereka yang taat melakukan ibadat dan memberi peringatan dan amaran kepada mereka yang melanggar perintah Allah. Ini jelas diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran Surah Fathir: 24.
Sebagai perutusan Allah, para Rasul mempunyai kebijaksaan dalam berdakwah bagi menangani kerenah masyarakat pada zaman itu. Mereka bijak menggunakan sama ada pendekatan 'basyir' atau 'nazir' terhadap orang yang mereka seru.
Kepada mereka yang terlalu 'khauf' dan kuat melakukan ibadat kerana takut kepada azab Allah, para Rasul memberikan berita gembira tentang syurga dan keseronokannya. Dengan cara ini, mereka berasa tenang, gembira dan tidak terlalu khauf tentang azab Allah. Para rasul adalah pakar motivasi dan kaunselor yang memberikan ketenangan jiwa kepada umatnya.
Sebaliknya kepada mereka yang ingkar dan kufur kepada Allah, para Rasul memilih pendekatan 'nazir' iaitu menyampaikan berita seksa dan pembalasan azab yang amat sangat di neraka. Dengan cara ini, mereka akan mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan betapa pedihnya azab Allah jika amalan itu diteruskan. Akibatnya mereka akan bertaubat dan mula mentaati Allah.
Sungguhpun begitu adakalanya Rasul menggunakan kombinasi 'basyir' dan 'nazir' bergantung kepada keadaan orang yang didakwah.
Demikianlah contoh teladan yang ditunjukkan oleh para rasul ketika berdakwah. Mereka yang terlalu 'khauf' digembirakan dengan berita syurga dan yang terlalu 'rajak' diancam dengan berita neraka. Begitu juga tentang hukuman bagi pesalah dirujuk pada Al-Quran tanpa memilih kasih. Masyarakat sekarang dilanda pelbagai penyakit sosial. Mereka perlu diberi rawatan dengan resepi perubatan yang mujarrab sesuai dengan penyakit yang diidap. Kenapa penyakit masyarakat semakin menjadi walaupun pelbagai pendidikan dan program 'Rakan Muda' diperkenalkan. Jawapannya adalah kerana penyakit lain ubat yang diberi pula lain. Tegasnya, lain sakit lain pula ubatnya. Untuk mengubati penyakit, kita perlu mengetahui puncanya. Punca penyakit masyarakat masa kini ialah hilangnya perasaan khauf dan meluasnya perasaan rajak di dalam jiwa.
Berdasarkan huraian di atas, penyampaian bagaimanakah agaknya yang sesuai untuk golongan tersebut? Jawapan anda tepat iaitu dengan memberikan ancaman dan amaran tentang balasan dan azab yang bakal diterima di neraka. Pendekatan 'bashir' tidak sesuai bagi mereka.
Dalam Islam tiada kompromi tentang hukuman dan hudud. Hukum-hakam dalam Islam tidak berubah walaupun masa telah berubah. Hukuman berzina, mencuri misalnya tetap sama seperti hukuman yang dikenakan semasa zaman Nabi. Agama Islam telah lengkap dan tak perlu diubahsuai atau ditokok tambah. Demikian besarnya peranan yang perlu dimainkan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meruncing dewasa ini. Sekiranya pelaksanaan hukum dan hudud diperkenalkan selama ini, sudah tentu masalah sosial seperti yang berlaku sekarang ini tidak akan berlaku.
::::dipetik dari sebuah blogger::::
.:Cara Rasulullah menjaga makan dan minum:.
Monday, January 26, 2009
- pemerhatian terhadap pemakanan seimbang daripada makan berlebihan (piramid makanan).
- cara pemerhatian berkenaan makan dan minum (halal dan haram).
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Anak Adam tidak akan mengisi salur darahnya lebih dari perutnya. Anak Adam hanya memerlukan beberapa gigitan untuk keperluan badannya, tetapi jika dia tetap berkeras, satu pertiga hendaklah disimpan untuk makanan (pepejal), satu pertiga yang lain untuk minuman (air) dan satu pertiga terakhir adalah untuk pernafasan (udara).”
- Sebenarnya, amalan pemakanan tidak mengurangkan langsung tenaga yang diperlukan oleh badan, bahkan membekalkan tenaga secara ideal.
- Sebagai contoh, secara normal kita minum air teh O dengan 2 sudu gula. Bayangkan kita menjadi tetamu kepada Pak Pandir. Dia mengetahui kita menyukai minuman yang manis, lalu menghidangkan teh O dengan 10 sudu gula. Persoalannya, adakah sama manis teh tadi dengan teh kebiasaan kita. Tidak, bahkan ia akan menyebabkan muka kita berkerut menahan kemanisan melampau. Jadi, begitulah juga perut kita.
- Perut kita juga cerewet, makan yang berlebihan akan memberatkan perut menjadikannya sebagai salah satu faktor malas dan penat.
- Tapi kurang makan juga mengakibatkan perut kita dipenuhi asid, sehingga melepasi 'eosophagus' (pedih ulu hati).
- Fundus adalah bahagian perut yang dipenuhi dengan udara dan telah dibuktikan secara saintifik.
.:pengenalan ghuzwul fikri - (perang pemikiran):.
Saturday, January 24, 2009
- Kekalahan musyikin, khususnya nasrani, kepada ummat Islam dalam peperangan fizikal dan kekuatan senjata (perang salib dll) menjadikan mereka berfikir mencari jalan lain untuk menumbangkan Islam. Setelah mengadakan perbincangan, akhirnya, musuh-musuh Islam telah berjaya menemui cara yang paling effektif dan menjanjikan keruntuhan empayar Islam secara mutlak. Cara tersebut diistilahkan sebagai ‘Al Ghazwul Fikri’.
- ‘Al Ghazwul Fikri’ bermaksud serangan pemikiran secara bertubi-tubi yang tersusun secara sistematik, teratur dan terancang dengan baik yang dilakukan oleh kaum yang kuat terhadap kaum yang lemah untuk mengubah keperibadian mereka sehingga menjadi pengikut kaum yang kuat tersebut.
- Serangan tersebut dilaksanakan dalam 3 bentuk; politik, militeri & ekonomi. ’Al Ghazwul Fikri’ akan menghasilkan berbagai kerosakan di kalangan umat Islam dengan cara merosakkan akhlak, menghancurkan fikrah, melarutkan peribadi & menumbangkan akidah (mengeluarkan muslim dari akidah Islamiyyah). Hasilnya, adalah suatu ummat yang rosak akhlak & keperibadiannya, kotor pemikirannya, keluar dari Islam, serta memberikan kesetiaan kepada musyrikin. Semuanya kini, dapat kita temui kian membarah dan menanah dalam masyarakat Islam di Malaysia dan seluruh dunia Islam.
.::tugasmu,lakukan!!::.
Friday, January 16, 2009
Fatwa Dr. yusof Al-Qardhawi
1) doa- untuk keselamatan, kekuatan dan kemenangan orang islam (palestin) pada hari ini. Antara waktu mustajab untuk berdoa:
- waktu selepas solat
- waktu sujud dalam solat
- waktu antara azan dan iqamah
- waktu doa antara dua khutbah
- waktu seseorang itu dizalimi
- waktu dua pertiga malam
contoh doa qunud nazilah yang boleh dilakukan dalam solat:
2) infak- mengeluarkan harta di jalan Allah mengikut kemampuan.
- Ingatlah kisah nabi Ibrahim ketika dizalimi dengan dibakar oleh kaumnya sendiri. Seekor burung bergegas mengumpulkan air di dalam paruhnya yang kecil untuk memadamkan api tersebut, yang sememangnya tidak dapat memadamkan api tersebut, tetapi oleh kerana rasa tanggungjawab dan supaya terlepas apabila ditanya oleh Allah kelak.
- ingatlah orang-orang kafir jugak menginfakkan harta untuk menghalangi orang lain dari jalan Allah. Firman Allah: "sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menginfakkan harta mereka untuk menghalang-halangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan (terus) menginfakkan harta itu, kemudian mereka akan menyesal sendiri, dan akhirnya mereka akan dikalahkan. Kedalam neraka Jahanamlah orang-orang kafir itu akan dikumpulkan." (8. Surah Al-Anfal: 36).
- setiap riyal, dirham dan sebagainya yang digunakan untuk membeli produk israel akan menjadi peluru untuk ditembak kepada hati-hati saudara-saudara dan anak-anak di palestin. Oleh sebab itu, menadi larangan (HARAM) untuk tidak membantu mereka (musuh-musuh islam) dengan membeli produk-produk yahudi.
- Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi
Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline:019-3591000
- McDonald, KFC, Pizza Huts, Starbucks.
-Nestle, danone, johnson & johnson, coca cola, sprite, maggi.
-disney, CNN, national geography, 20th century fox, star.
-ambi pur, calvin klein, timberland.
-the time, the sun
dan banyak lagi, sila layari laman web:
Read more....:ingatlah!!:.
Thursday, January 15, 2009
Read more...