Lifeline 4 Gaza » News

Pengumuman!!!

Wednesday, December 8, 2010


Dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim , Sukacita UMMI serta suami Dr Ahmad Rodzi ,dan Prof Dr Abdul Latiff serta isteri Dr Norhin Tamby Kadir mengumumkan ikatan pertunangan kedua anakanda kami, Aiman Abdul Latiff dengan pasangan hatinya, Kausar Ahmad Rodzi. INSYALLAH,majlis ijabkabul akan diadakan semasa 'winter break' yang akan datang iaitu pada, 1102 2011. Terima Kasih atas DOA kalian semua. Semoga CINTA dan KASIH SAYANG yang terbina kerana RabNYA ini akan mendapat keberkatan dan keredaan berpanjangan sehingga bersama-sama ke Jannatul Firdaus. Ameen.

Read more...

Salam Aidil Adha

Friday, November 19, 2010

"The beginning is not important, but ending is what really matters"
sorry Aiman, suka tngok persamaan ini

Bila raya menjelma, perut juga mengembang. Rajin diorang ni sume buat makan2. Bagus2 memanfaatkan cuti dengan sebaiknya, cuti betul2, study pon betul2. Best jugak cuti 3 minggu ni, sbb bnyak jalan2. first skali, jalan pergi jadi mushrif ke Ras El-Barr, Dumyat. Tak de pe sangat kat sana, tp bleh la nk menhirup udara segar. Menariknya tempat ni sebab ia adalah tempat pertemuan Sungai Nil dengan Laut Mediteranian. Selain tu, tempat ni bersih mungkin sbb tempat pelancongan kut.

Balik je dari Dumyat, terus pergi Alex plak malam tu jugak. Ada program dengan bdak2 Alex, baru nk testing2 sket bg talk berkongsi dengan orang lain. Habis je program, rehatkan minda ke St. Stefano tngok cerita cartoon, Megamind. Terbaik!! Best tengok cartoon 3D ni sbb bnyak moral yg boleh diambil sebagai teladan. Di kesempatan ni, nk minta maaf kat kawan2 Alex sbb x jumpa dan terus blik, maklumlah kunjungan atas urusan kerja. InsyaAllah next time ek.

Raya haji pon tiba. Raya kat Mansurah dengan kawan2 lain, kitorang pakat sebelih seekor kambing. Boleh la nk kongsi2 ngan orang lain. Malam nk raya kitorang sibuk nak siapkan nasi impit ngan kuah kacang. Pastu buat kuah soto, kalau2 x cukup nk makan. Esok harinya lepas solat sunat aidil adha, pergi la melihat sembelihan kat syari' Hasan Said. Muaz tolong sembelihkan, ak tolong lapah. pastu blik tido, penat.

Raya kedua, pegi makan malam aidil adha kat Solah Mahatoh, istad gamaah mansurah, anjuran GMN. makan nasi minyak, best2 menambah jugak makan, dah diorang kata makan sampai kenyang. Pastu, ada tunjuk slide program sepanjang hari raya adha & iklan2 seperti jawatankuasa MMMC dengan program "Mawar 10"

Semalam pergi Tanta, sambut raya kat sana dekat MM center, Tanta. Juadah yg terhidang nasi impit, kuah kacang, sup tulang, bihoon, nasi tomato, daging masak merah, daging unta masak gulai & acar timun. Ingatkan nk balik awal, tapi tremco first trip tu penuh. Last skali, buat prank wedding anniversary Ummi. Makan lagi, kek aiskrim plak. Banyak betul makan cuti ni.

p/s: Di kesempatan ini ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada keluarga & kawan2 serta mereka yg mengenali diri ini...

Read more...

Kita Sama "Kamisama"

Sunday, November 7, 2010

"Mendengar lagu Kamisama by Edcoustic. Ingatkan direct meaning, rupanya in japanese.."

klik pada gambar untuk paparan yang jelas

Tertarik dengan picture ni, sungguh bermakna. Terutama orang arab yang suka nak kutuk orang A'jam macam kita ni. Padahal diorang lagi teruk kut kencing kat dinding bangunan. Pengajaran untuk kita juga yang kat Malaysia tuh, tak payah nak layan orang luar teruk. Sebab bila kita dah kat tempat orang ni dilayan, terasa sama macam kita melayan orang luar kat Malaysia.

Tapi, bagi aku picture ni jugak bermaksud, walau kita dalam kalangan kita. Kita juga tak dapat menjadi satu hati. Orang kita suka me-label orang lain itulah, inilah. Minta jauh dari sikap ini, jika ada harap terhapus, insaflah. Sebabnya, kita tak tahu penghujung diri kita dan orang lain. Mungkin kita nampak orang tu macam jahat, but lastly jadi baik & mungkin juga berlaku sebaliknya.

Kalau yang rasa baik sangat tu, cuba buat yang terbaik untuk membantu orang lain jadi baik. Tapi kalau orang tu tak nak ikut, mungkin ada something yang tak betul, apatah lagi kalau ada yang sampai nak menentang korang. Cara nak menegur orang kena betul juga, bahasa tu penting. Semuanya berbalik kepada Taqwa!!

P/S: pesanan yang terkena pada batang hidung sendiri juga

Read more...

Dismed??? Gud Luck Mid Sem Exam

Friday, November 5, 2010

Sedar tak korang yang dalam lecture physio hanya menceritakan mengenai motility & secretion of the GIT, sedangkan Dr. Atef sendiri kata function of GIT ada 4: Motility, secretion, digestion & absorption.


Jadi, tanpa mencari jawapan kerana tak sedar, aku rasa macam aku study tanpa memahami sesuatu, orang kata kena study "by heart", teringat pulak Dr. Maha kata, "in exam you're allow to forget your name, but you're not allow to forget the M/E for malignant tumor". Ni biasanya hint penting nak masuk exam.

Berbalik pada cerita physio tadi, aku perasan benda ni masa kat dismed. Apa itu dismed??? dismed adalah study group, yang membawa maksud diskusi medic. Baiklah, jawapan bagi 2 function yang tak belajar dalam physio tu sebenarnya kita belajar dalam biochemistry. Oleh itu, 2 subjects ni amat penting untuk difahami. Akhir kata, Good luck semua untuk exam mid sem ni.

Sebelum tu, harap sangat ada orang nak kongsi cara study dia kat sini...

Read more...

Kedai Kushari Baru

Friday, October 29, 2010

"Orang secara kebiasaannya berlakon di depan orang lain untuk menyesuaikan diri. Tapi adakah kita mengetahui lakonan seseorang itu, kerana takut nanti tersalah sangka pada dia di kemudian hari. Nanti kesian dekat dia."
Rutin kebiasaan hari jumaat, makan kushari atau makaronah lahmah. Setiap hari jumaat lepas solat jumaat kat Masjid Samanoudy selalunya singgah kat kedai kushari kat depan restoran italiano tuh, sampai orang kat situ pon dah biasa sangat dengan kitorang. Lepas makan, singgah kedai asob kat sebelah italiano tu, tapi selalunya order 'asir lain dari asob sebab dah biasa sangat macam Boreo ke, balah bil-halib ke & yang paling biasa sekarang zibadu faraulah.

gambar hiasan

Tapi hari ni lain sikit, sebab ada kedai kushari baru bukak dekat-dekat kawasan tu, apa lagi pergi try la. "Mat'am Kushari El-Sultan" lawa tempat tu, meja warna oren setanding dengan restoran-restoran lain, tapi sebab gaya arab ni, jadi low sikit la standard dia. Tapi standard macam ni lebih biasa dengan aku. Mula-mula tengok menu dia pening juga la, tapi nasib baik pekerja dia tu ramah. kitorang pun order, "Aiz kushari khomsah genih- itnin, Akul hena"

Macam biasa dia ada bagi satu mangkuk kecil cili macam sambal, tapi lain sikit sebab banyak minyak & ada potongan tomato. kusahri pon sampai, besar & banyak juga nak habiskan tuh, dah la kushari ni cepat muak. Jeruk pon ada juga dia hidang, tapi tak macam jeruk biasa yang ada timun, karot, bawang, zaitun & cili tuh. Jeruk ni macam acar sket, jadi aku macam boleh terima sikit nak makan. Pendek kata berbaloi juga la rasa makanan kat situ & kitorang balik dengan kenyang awwi.

Teringat pagi tadi, nampak sesorang berjalan dengan kawannya. Nampak lain sangat, sebab sebelum ni nampak dia lain. Tapi, aku ok je. Biasalah tu, cuma rasa tak perlu berlakon. Jadi diri sendiri, aku tak kisah pon. Tapi, mungkin juga dia tak berlakon dengan aku, tapi berlakon dengan kawan dia. Apa-apa pon aku kena terima segala keadaan yang berlaku sebab semua orang pon ada masalah sendiri. Ok, kawan selamanya.

Read more...

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP