Lifeline 4 Gaza » News

Salam Aidil Adha

Friday, November 19, 2010

"The beginning is not important, but ending is what really matters"
sorry Aiman, suka tngok persamaan ini

Bila raya menjelma, perut juga mengembang. Rajin diorang ni sume buat makan2. Bagus2 memanfaatkan cuti dengan sebaiknya, cuti betul2, study pon betul2. Best jugak cuti 3 minggu ni, sbb bnyak jalan2. first skali, jalan pergi jadi mushrif ke Ras El-Barr, Dumyat. Tak de pe sangat kat sana, tp bleh la nk menhirup udara segar. Menariknya tempat ni sebab ia adalah tempat pertemuan Sungai Nil dengan Laut Mediteranian. Selain tu, tempat ni bersih mungkin sbb tempat pelancongan kut.

Balik je dari Dumyat, terus pergi Alex plak malam tu jugak. Ada program dengan bdak2 Alex, baru nk testing2 sket bg talk berkongsi dengan orang lain. Habis je program, rehatkan minda ke St. Stefano tngok cerita cartoon, Megamind. Terbaik!! Best tengok cartoon 3D ni sbb bnyak moral yg boleh diambil sebagai teladan. Di kesempatan ni, nk minta maaf kat kawan2 Alex sbb x jumpa dan terus blik, maklumlah kunjungan atas urusan kerja. InsyaAllah next time ek.

Raya haji pon tiba. Raya kat Mansurah dengan kawan2 lain, kitorang pakat sebelih seekor kambing. Boleh la nk kongsi2 ngan orang lain. Malam nk raya kitorang sibuk nak siapkan nasi impit ngan kuah kacang. Pastu buat kuah soto, kalau2 x cukup nk makan. Esok harinya lepas solat sunat aidil adha, pergi la melihat sembelihan kat syari' Hasan Said. Muaz tolong sembelihkan, ak tolong lapah. pastu blik tido, penat.

Raya kedua, pegi makan malam aidil adha kat Solah Mahatoh, istad gamaah mansurah, anjuran GMN. makan nasi minyak, best2 menambah jugak makan, dah diorang kata makan sampai kenyang. Pastu, ada tunjuk slide program sepanjang hari raya adha & iklan2 seperti jawatankuasa MMMC dengan program "Mawar 10"

Semalam pergi Tanta, sambut raya kat sana dekat MM center, Tanta. Juadah yg terhidang nasi impit, kuah kacang, sup tulang, bihoon, nasi tomato, daging masak merah, daging unta masak gulai & acar timun. Ingatkan nk balik awal, tapi tremco first trip tu penuh. Last skali, buat prank wedding anniversary Ummi. Makan lagi, kek aiskrim plak. Banyak betul makan cuti ni.

p/s: Di kesempatan ini ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada keluarga & kawan2 serta mereka yg mengenali diri ini...

0 comments:

Post a Comment

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP