Lifeline 4 Gaza » News

.:Cara Rasulullah menjaga makan dan minum:.

Monday, January 26, 2009

Rasulullah menitik beratkan beberapa aspek dalam pemakanan, antaranya
  • pemerhatian terhadap pemakanan seimbang daripada makan berlebihan (piramid makanan).
  • cara pemerhatian berkenaan makan dan minum (halal dan haram).






















Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:  “Anak Adam tidak akan mengisi salur darahnya lebih dari perutnya. Anak Adam hanya memerlukan beberapa gigitan untuk keperluan badannya, tetapi jika dia tetap berkeras, satu pertiga hendaklah disimpan untuk makanan (pepejal), satu pertiga yang lain untuk minuman (air)  dan satu pertiga terakhir adalah untuk pernafasan (udara).”

  • Sebenarnya, amalan pemakanan tidak mengurangkan langsung tenaga yang diperlukan oleh badan, bahkan membekalkan tenaga secara ideal.
  1. Sebagai contoh, secara normal kita minum air teh O dengan 2 sudu gula. Bayangkan kita menjadi tetamu kepada Pak Pandir. Dia mengetahui kita menyukai minuman yang manis, lalu menghidangkan teh O dengan 10 sudu gula. Persoalannya, adakah sama manis teh tadi dengan teh kebiasaan kita. Tidak, bahkan ia akan menyebabkan muka kita berkerut menahan kemanisan melampau. Jadi, begitulah juga perut kita. 
  • Perut kita juga cerewet, makan yang berlebihan akan memberatkan perut menjadikannya sebagai salah satu faktor malas dan penat.
  • Tapi kurang makan juga mengakibatkan perut kita dipenuhi asid, sehingga melepasi 'eosophagus' (pedih ulu hati).
  • Fundus adalah bahagian perut yang dipenuhi dengan udara dan telah dibuktikan secara saintifik.

Read more...

.:pengenalan ghuzwul fikri - (perang pemikiran):.

Saturday, January 24, 2009

  • Kekalahan musyikin, khususnya nasrani, kepada ummat Islam dalam peperangan fizikal dan kekuatan senjata (perang salib dll) menjadikan mereka berfikir mencari jalan lain untuk menumbangkan Islam. Setelah mengadakan perbincangan, akhirnya, musuh-musuh Islam telah  berjaya menemui cara yang paling effektif dan menjanjikan keruntuhan empayar Islam secara mutlak. Cara tersebut diistilahkan sebagai ‘Al Ghazwul Fikri’.


  •    ‘Al Ghazwul Fikri’ bermaksud serangan pemikiran secara bertubi-tubi yang tersusun secara sistematik, teratur dan terancang dengan baik yang dilakukan oleh kaum yang kuat terhadap kaum yang lemah untuk mengubah keperibadian mereka sehingga menjadi pengikut kaum yang kuat tersebut.


  •    Serangan tersebut dilaksanakan dalam 3 bentuk; politik, militeri & ekonomi. ’Al Ghazwul Fikri’ akan menghasilkan berbagai kerosakan di kalangan umat Islam dengan cara merosakkan akhlak, menghancurkan fikrah, melarutkan peribadi & menumbangkan akidah (mengeluarkan muslim dari akidah Islamiyyah). Hasilnya, adalah suatu ummat yang rosak akhlak & keperibadiannya, kotor pemikirannya, keluar dari Islam, serta memberikan kesetiaan kepada musyrikin. Semuanya kini, dapat kita temui kian membarah dan menanah dalam masyarakat Islam di Malaysia dan seluruh dunia Islam.

Read more...

.::tugasmu,lakukan!!::.

Friday, January 16, 2009

Fatwa Dr. yusof Al-Qardhawi

1) doa- untuk keselamatan, kekuatan dan kemenangan orang islam (palestin) pada hari ini. Antara waktu mustajab untuk berdoa:

  • waktu selepas solat
  • waktu sujud dalam solat
  • waktu antara azan dan iqamah
  • waktu doa antara dua khutbah
  • waktu seseorang itu dizalimi
  • waktu dua pertiga malam

contoh doa qunud nazilah yang boleh dilakukan dalam solat:



2) infak- mengeluarkan harta di jalan Allah mengikut kemampuan.
  • Ingatlah kisah nabi Ibrahim ketika dizalimi dengan dibakar oleh kaumnya sendiri. Seekor burung bergegas mengumpulkan air di dalam paruhnya yang kecil untuk memadamkan api tersebut, yang sememangnya tidak dapat memadamkan api tersebut, tetapi oleh kerana rasa tanggungjawab dan supaya terlepas apabila ditanya oleh Allah kelak.
  • ingatlah orang-orang kafir jugak menginfakkan harta untuk menghalangi orang lain dari jalan Allah. Firman Allah: "sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menginfakkan harta mereka untuk menghalang-halangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan (terus) menginfakkan harta itu, kemudian mereka akan menyesal sendiri, dan akhirnya mereka akan dikalahkan. Kedalam neraka Jahanamlah orang-orang kafir itu akan dikumpulkan." (8. Surah Al-Anfal: 36).
3) boikot- ijma' ulama' menetapkan kewajipan pada produk amerika dan yahudi.
  • setiap riyal, dirham dan sebagainya yang digunakan untuk membeli produk israel akan menjadi peluru untuk ditembak kepada hati-hati saudara-saudara dan anak-anak di palestin. Oleh sebab itu, menadi larangan (HARAM) untuk tidak membantu mereka (musuh-musuh islam) dengan membeli produk-produk yahudi.
  • Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi
    Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline:019-3591000

- McDonald, KFC, Pizza Huts, Starbucks.

-Nestle, danone, johnson & johnson, coca cola, sprite, maggi.

-disney, CNN, national geography, 20th century fox, star.

-ambi pur, calvin klein, timberland.

-the time, the sun

dan banyak lagi, sila layari laman web:

Read more...

.:ingatlah!!:.

Thursday, January 15, 2009


firman Allah:

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah."


(2. Surah Al-Baqarah: 120)


Read more...

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP