Lifeline 4 Gaza » News

.:Cara Rasulullah menjaga makan dan minum:.

Monday, January 26, 2009

Rasulullah menitik beratkan beberapa aspek dalam pemakanan, antaranya
  • pemerhatian terhadap pemakanan seimbang daripada makan berlebihan (piramid makanan).
  • cara pemerhatian berkenaan makan dan minum (halal dan haram).






















Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:  “Anak Adam tidak akan mengisi salur darahnya lebih dari perutnya. Anak Adam hanya memerlukan beberapa gigitan untuk keperluan badannya, tetapi jika dia tetap berkeras, satu pertiga hendaklah disimpan untuk makanan (pepejal), satu pertiga yang lain untuk minuman (air)  dan satu pertiga terakhir adalah untuk pernafasan (udara).”

  • Sebenarnya, amalan pemakanan tidak mengurangkan langsung tenaga yang diperlukan oleh badan, bahkan membekalkan tenaga secara ideal.
  1. Sebagai contoh, secara normal kita minum air teh O dengan 2 sudu gula. Bayangkan kita menjadi tetamu kepada Pak Pandir. Dia mengetahui kita menyukai minuman yang manis, lalu menghidangkan teh O dengan 10 sudu gula. Persoalannya, adakah sama manis teh tadi dengan teh kebiasaan kita. Tidak, bahkan ia akan menyebabkan muka kita berkerut menahan kemanisan melampau. Jadi, begitulah juga perut kita. 
  • Perut kita juga cerewet, makan yang berlebihan akan memberatkan perut menjadikannya sebagai salah satu faktor malas dan penat.
  • Tapi kurang makan juga mengakibatkan perut kita dipenuhi asid, sehingga melepasi 'eosophagus' (pedih ulu hati).
  • Fundus adalah bahagian perut yang dipenuhi dengan udara dan telah dibuktikan secara saintifik.

1 comments:

Anonymous,  January 27, 2009 at 4:33 AM  

Cool blog, check out my blog
|
|
|
|
V

**********************
FREE -->INTERNET SPEED TEST<--
**********************

Fast, Free, Secure
http://speedtestonline.blogspot.com

Post a Comment

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP