Lifeline 4 Gaza » News

.:cinta & rona kinanah:.

Tuesday, July 28, 2009


Antologi cerpen dan puisi- 'Cinta & Rona Kinanah' menghimpunkan 16 buah cerpen dan 10 buah puisi islamik yang dinulilkan oleh 15 orang penulis yang berlatarbelakangkan pendidikan islam dari Universiti Al-Azhar As- Syarif di Mesir dan Universiti Mu'tah serta Universiti Jordan di Jordan.

Sebagai manusia yang bertamadun dan sudah memiliki peradaban aksara, maka sewajarnya penerbitan karya-karya seperti ini tidak dipandang ringan khususnya oleh kelompok cendekiawan dan para ilmuan. Malah, bagi mereka yang faham, tentu sahaja peranan sastera dan penulisan bukan sekadar itu. Seperti kata-kata Sasterawan Negara A. Samad Said:

"Sastera itu berguna untuk memperjuangkan apa yang kita rasa tidak adil, membebaskan tanah air, melanggar semua tembok ketidakadilan, tetapi dalam melakukan itu semua seninya itu harus ada."

'Antologi cerpen dan puisi- Cinta & Rona Kinanah' adalah himpunan kisah perjuangan dalam menegakkan kebenaran, fahaman, prinsip dan ketegasan tanpa melupakan elemen kasih dan sayang yang sentiasa menjadi pelentur setiap ketegangan. Isu-isu harian seperti poligami, pergaulan di antara jantina da sebagainya turut dikisahkan dengan baik dan berpaksi utuh pada syariat islam.

"Karya mereka rata-rataintim dengan isu semasa dan antarabangsa, berlatarkan dalam dan luar negara, ketara terpeliharamoralnya, sarat dengan dakwah menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan pastinya berdenyut selari dengan nafasislami. Antologi cerpen dan puisi ini adalah bukti kebangkitan para penulis berpendidikan Timur Tengah."
-Zaid Akhtar-

diterbit oleh: HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
harga: sem. Malaysia RM19.90 / Sabah & Sarawak RM 21.90

0 comments:

Post a Comment

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP