Lifeline 4 Gaza » News

.:rumah semanis rumah:.

Thursday, July 2, 2009



destinasi panjang berakhir semalam
penantian penuh debaran
wajah-wajah itu bermain diingatan
kekasih hati sepanjang masa

satu persatu ku siapkan
sebagai hadiah kenang-kenangan
mengubat kerinduan 12 bulan
setahun kita telah berjauhan

apakah yang telah berlaku di sini
persoalan yang terbuku di hati
ingin ku dengar segala hari
cerita indah pengalaman akhi

banyak jua ingin ku kongsi
kisah dan pengalaman aku di sini
buat pengajaran nilaian abadi
keturunan firaun dan nabi

tidak banyak yang berubah
masih sama seperti dulu
manis rumah menenangkan debaran
mungkin merendahkan adrenalin

akan ku isi cuti ini dengan keriangan
buat bekalan jauh di perantauan
perpisahan panjang pasti bersua lagi
tekenang nanti indahnya pasti




3 comments:

AnAk iBu July 5, 2009 at 6:51 AM  

12 bulan la sgt.
lama lg dak2 alex.
sungguh tidak aci.
jeles.

zack-ile July 5, 2009 at 9:53 AM  

hehehe...
tu la...lein kali masuk la u kat mansura ke, cairo ke
huhuhu....

jumpe mushi x???
die nk dtng alex ari tu

AnAk iBu July 8, 2009 at 4:31 PM  

jupe.
ak siap bwak dye gi kua jln2.
ak bape kali ah dtg mansoura.
x nmpak ko pon.
mcm besa btul mansoura.
huhu

alex univ. ttp di hati.

Post a Comment

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP