Lifeline 4 Gaza » News

.: We are musleems to be happen a doctor or we are doctors to be happen a musleem:.

Monday, April 13, 2009



ini bukan sajak, puisi
ini bukan syair dan madah
ini isi pengingat diri
ini syara' ketentuan fekah

meletakkan diri sebagai muslim sejati
mengutamakan agama dalam setiap sudut
mencontohkan diri dengan akhlak islami
beribadat di dunia untuk bekalan di akhirat

mengubati pesakit mengikut batasan syara'
hanya mudharat alasan kepada bukan mahram 
menolak kaedah perubatan yang haram 
mengaplikasi tibb nabawi sebagai cara altenatif

sembuhan syumul dari zahir dan batin
luaran (symptom), hati  (jiwa/perasaan) dan fikiran (psychology)
memahami setiap insan yang malang
ini ujian tuhan bagi hamba yang dikasihi

sungguh ada sakit yang halus
perbuatan makhluk tuhan terkutuk
ubat penenang tidak sehebat kitab Al-Quran
sunnah rasul jua mengguna rukoyah (jampi)

menjaga amalan dengan menjauhi riya' 
sunggguh Allah Penyembuh kita berikhtiyar
sentiasa menginsafi kekerdilan diri
mengagungkan kebesaran Allah yang Maha besar dan bijaksana

ini notaku di kala ini
semoga tidak aku lupai
untuk dikongsi bersama akhi
bukan untuk tatapanku sendiri

0 comments:

Post a Comment

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP