Lifeline 4 Gaza » News

.:perpisahan semalam:.

Saturday, April 4, 2009


ketika pertama kali bertemumu,
aku bagai merasa kita pernah bersua,
kau senyum dan mesra menyahut sapaku,
mencipta sebuah memori indah bersama,

itu masa dulu yang meninggalkan kita,
kini masa mu pergi telah tiba,
menyambung cita entah ke mana,
pahit manis bersamamu tetap manis belaka,

ahh... aku benci perpisahan tiba,
sekian lama ukhwah terbina,
kini aku sendiri mengharung dunia,
satu persatu gambar silam di mata,

aku tahu hidup ini sendirian akhirnya,
mengapa aku tidak waspada dengannya,
akan ku elak persengketaan kita,
akan ku semai benih cinta berbunga,

uhh... titis air mata jatuh tak berguna,
seperti membersih debu kotor bumi anbiya',
sesalku dengan harapan kita bersua semula,
terus menanti hingga ke hujung usia,

aku tabah dan pasrah sentiasa,
sedarku ukhwah tidak pudar sebenarnya,
janji setia kita untuk kekal ke syurga,
perpisahan kita hanyalah sementara saja,

kita bekerja untuk islam sejati,
bagi mendapat rehat sepuasnya nanti,
itulah Keadilan tuhan tidak terperi,
perpisahan untuk bertemu pemilik abadi.

"ukhwah fillah kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini"

0 comments:

Post a Comment

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP