Lifeline 4 Gaza » News

.:Email dari Rasulullah:.

Monday, March 9, 2009

bayangkan sekiranya nota ini dari rasul tercinta...

“Salam sejahtera saudaraku, bagaimana khabar imanmu pada hari ini ...
Kebaikan apa yang sudah kau lakukan hari ini, sebanyak apa perbuatan dosamu hari ini ?...”

“Cinta seorang ummat kepada Rasulnya seharusnya tercermin dalam setiap perilakunya. Tidak memilih tempat, waktu dan keadaan. Kau pun membaca sirah, aku selalu mencintai ummatku, tak kenal lelah. Masihkah kau mencintaiku pada hari ini?” 

“Pengorbanan seorang ummat terhadap agamanya, tidak pernah terhenti sebelum Allah menghendakinya untuk berhenti. Dan kau tahu, apabila Allah mengkehendakinya, biasanya dengan perintah yang diberikan-Nya kepada Malaikat Izrail untuk menghentikan segala  pengorbanan manusia.Adakah sampai detik ini, pernahkah kau berkorban untuk Allah?”.

“Sebagai Ayah, aku contohkan kepada ummatku untuk menyayangi anak-anak mereka dengan penuh kasih-sayang. Kuajari juga bagaimana mencintai isteri-isteri tanpa sedikit melukai perasaannya, sehingga kudapati isteri-isteriku teramat

Sudahkah hari ini kau mencium mesra dan membelai lembut anak-anakmu seperti yang kulakukan rutin terhadap Fatimah? Masihkah panggilan sayang dan hangat menghiasi hari-harimu bersama isterimu? Sudahkah juga kau menjadi pemimpin yang baik untuk keluargamu, seperti aku mencontohikannya  terhadap keluargaku?. 

“Aku telah memberi contoh bagaimana berkasih sayang kepada sesama mukmin, bersikap arif dan bijak namun tegas kepada manusia daripada golongan lainnya, termasuk menghormati keberadaan makhluk lain dimuka bumi. Saudaraku ...”

3 comments:

wardatul asrar March 11, 2009 at 12:31 PM  

salam alaik..

maaf bertanya.. bolehkah kta sandarkn kata2 begini kpd rasulullah? atau nta mmg ambil dr hadis? mohon sertakn perawi bg mngelak kesangsian..

wallahua'alam..

zack-ile March 14, 2009 at 1:06 PM  

wsalam,
maaf ana cuma memetik dari sebuah artikel yg membawa kita supaya membayangkan keadaan tersebut sempena maulid nabi ini,

harap kesalahan ana dapat ditegur, atau mungkin artikel ini bersalahan dengan hukum

zack-ile March 15, 2009 at 5:57 AM  

salam,
di Mesir ada sebuah kitab bertajuk
'seandainya rasulullah menziarahi kita'
yang mengajak kita membayangkan keadaan tersebut

Post a Comment

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP