Lifeline 4 Gaza » News

Dismed??? Gud Luck Mid Sem Exam

Friday, November 5, 2010

Sedar tak korang yang dalam lecture physio hanya menceritakan mengenai motility & secretion of the GIT, sedangkan Dr. Atef sendiri kata function of GIT ada 4: Motility, secretion, digestion & absorption.


Jadi, tanpa mencari jawapan kerana tak sedar, aku rasa macam aku study tanpa memahami sesuatu, orang kata kena study "by heart", teringat pulak Dr. Maha kata, "in exam you're allow to forget your name, but you're not allow to forget the M/E for malignant tumor". Ni biasanya hint penting nak masuk exam.

Berbalik pada cerita physio tadi, aku perasan benda ni masa kat dismed. Apa itu dismed??? dismed adalah study group, yang membawa maksud diskusi medic. Baiklah, jawapan bagi 2 function yang tak belajar dalam physio tu sebenarnya kita belajar dalam biochemistry. Oleh itu, 2 subjects ni amat penting untuk difahami. Akhir kata, Good luck semua untuk exam mid sem ni.

Sebelum tu, harap sangat ada orang nak kongsi cara study dia kat sini...

Read more...

Kedai Kushari Baru

Friday, October 29, 2010

"Orang secara kebiasaannya berlakon di depan orang lain untuk menyesuaikan diri. Tapi adakah kita mengetahui lakonan seseorang itu, kerana takut nanti tersalah sangka pada dia di kemudian hari. Nanti kesian dekat dia."
Rutin kebiasaan hari jumaat, makan kushari atau makaronah lahmah. Setiap hari jumaat lepas solat jumaat kat Masjid Samanoudy selalunya singgah kat kedai kushari kat depan restoran italiano tuh, sampai orang kat situ pon dah biasa sangat dengan kitorang. Lepas makan, singgah kedai asob kat sebelah italiano tu, tapi selalunya order 'asir lain dari asob sebab dah biasa sangat macam Boreo ke, balah bil-halib ke & yang paling biasa sekarang zibadu faraulah.

gambar hiasan

Tapi hari ni lain sikit, sebab ada kedai kushari baru bukak dekat-dekat kawasan tu, apa lagi pergi try la. "Mat'am Kushari El-Sultan" lawa tempat tu, meja warna oren setanding dengan restoran-restoran lain, tapi sebab gaya arab ni, jadi low sikit la standard dia. Tapi standard macam ni lebih biasa dengan aku. Mula-mula tengok menu dia pening juga la, tapi nasib baik pekerja dia tu ramah. kitorang pun order, "Aiz kushari khomsah genih- itnin, Akul hena"

Macam biasa dia ada bagi satu mangkuk kecil cili macam sambal, tapi lain sikit sebab banyak minyak & ada potongan tomato. kusahri pon sampai, besar & banyak juga nak habiskan tuh, dah la kushari ni cepat muak. Jeruk pon ada juga dia hidang, tapi tak macam jeruk biasa yang ada timun, karot, bawang, zaitun & cili tuh. Jeruk ni macam acar sket, jadi aku macam boleh terima sikit nak makan. Pendek kata berbaloi juga la rasa makanan kat situ & kitorang balik dengan kenyang awwi.

Teringat pagi tadi, nampak sesorang berjalan dengan kawannya. Nampak lain sangat, sebab sebelum ni nampak dia lain. Tapi, aku ok je. Biasalah tu, cuma rasa tak perlu berlakon. Jadi diri sendiri, aku tak kisah pon. Tapi, mungkin juga dia tak berlakon dengan aku, tapi berlakon dengan kawan dia. Apa-apa pon aku kena terima segala keadaan yang berlaku sebab semua orang pon ada masalah sendiri. Ok, kawan selamanya.

Read more...

.:hari terakhir:.

Tuesday, December 29, 2009

hari terakhir kuliah bagi semester ini, melegakan diri seketika
tak setenang yang disangka, ujian besar bakal menyusur nanti
hidup ni satu ujian, sejak di bangku persekolahan hingga kini
ilmu yang dipelajari akan diuji, yang mendebarkan natijahnya nanti
makbul, jaid, jaid jiddan atau mumtaz

kalau lulus peperiksaan dapat ganjaran
tapi kalau tak lulus nasib malanglah jawabnya
peperiksaan merupakan perkara sinonim dalam kehidupan insan
sampai nak mati nanti pun ada ujiannya, keimanan kita

jadi, jangan lari dari kesusahan, tapi biasakan diri dengan kepayahan
bila dah biasa dengan kesusahan, masalah senang diselesaikan
jalan apa sekali pun yang dipilih; kiri, kanan, depan atau belakang
doktor, engineer, mahupun cikgu pasti ada yang tak kena
dari peminta sedekah sampaillah jutawan negara pun tetap susah

beranganlah di dunia ni dengan kesenangan
apabila selalu dalam kesenangan maknanya ujian yang besar menanti
kata bijak pandai kesenangan itu sendiri adalah satu ujian
adakah kamu mengira kamu telah beriman sedang kamu belum diuji?

tapi bukanlah hidup ini perlu dalam ketegangan
cuma perlu beringat di setiap saat, syaitan itu tidak lupa menjatuhkan kita
ujian besar tuhan buat hambaNya, yang fitrahnya hanya puas dengan syurga
berhibur tiada salahnya kerana ianya begitu indah tapi ada batasnya
semuanya kembali kepada niat asal insan dalam beribadah






Read more...

.:Bicara Kata:.

Sunday, August 9, 2009

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Read more...

plantar interossei

View Plantar interossei muscles and over 3,000,000 other topics on Qwiki.

About This Blog

Assalamualaikum....
Apabila anda membeli kereta, televisyen, notebook, microwave, peti sejuk, handphone dll, dalam kotak tersebut pasti mengandungi senaskah lembaran sebagai rujukan kita.
Tujuannya bagi memastikan setiap produk syarikat tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Buku itu di panggil buku manual.
"Bagaimana pula manusia, ada manual tak?"

Jangan risau setiap apa yang dicipta pasti ada buku manual tersendiri. Buku manual manusia amat mudah di dapati, dan telah diterjemah dalam banyak bahasa. Ramai yang telah berjaya dalam hidupnya dengan mengikuti segala arahan manual tersebut. Dapatkan satu untuk anda, cepat sebelum manusia itu rosak tanpa panduan.

"Di pasaran sekarang, stok tidak terhad"

[::The only solution=Back to the Quran::]

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP